Thursday, December 15, 2011

rajuk hati

malam ini saya keseorangan. sahabat saya pulang ke kampung dengan hati yang suram. meninggalkan saya, juga dengan hati yang suram. saya terdiam, bila sepi lebih menguasai suasana malam ini. tiada kata yang mampu saya luahkan untuk menceritakan suasana ini. saya serba salah. atas kesalahan pada mulanya, bukan saya yang cetuskan. tapi akhirnya, berbalik kepada saya sendiri sebagai pesalah.

persahabatan adalah satu hubungan yang sangat manis sekiranya digunakan dengan betul. adat, lumrah hidup, bertukam lidah, kadangnya sampai bertumbuk. esok lusa pasti baik semula. entah esok lusa itu, pada bila masa masih belum kita ketahui.

namun, atas apa yang berlaku sebentar tadi benar-benar mencengkam naluri saya sebagai manusia yang bermaruah. saya tidak harus membenarkan maruah saya dipijak-pijak atas nama persahabatan. saya ego tentang maruah diri. diri saya nampak lembut pada riak wajah, namun dalaman saya keras. hati saya degil, sepertimana teman-teman lain saya mengkhabarkan kepada saya.

saya boleh jadi sebaik mungkin sebagai sahabat. saya juga boleh jadi sekejam mungkin sebagai sahabat. bagi saya, kalau kita sebagai manusia, sahabat tidak akan sesekali memberikan sikap negatif kepada kita, melainkan kita sendiri yang memulakannya. begitulah sebaliknya.

bila dari jauh saya dengar, deruman enjin kereta dihidupkan di ruang hadapan rumah, saya sedar, mungkin saya juga keterlaluan dalam mempertahankan ego saya. sayup-sayup, bunyi ekzoz meninggalkan rumah saya. perlahan, semakin lama semakin hilang dari pendengaran. sahabat saya pergi begitu saja, meninggalkan saya seorang diri di rumah yang sudah hilang serinya.

tadinya, bila amarah lebih menguasai saya, saya lemparkan kata-kata yang mungkin berbekas di hatinya untuk selama-lamanya. kepada Tuhan saya bersujud, Allah lembutkan hati saya untuk memperbaiki keadaan. namun, sahabat saya sudah pun terlalu jauh meninggalkan saya.

saya akur, hati manusia, rajuknya sukar diubati. apa daya saya, seorang manusia yang punya hati juga, sama seperti sahabat saya.

7 kOMen2 kAMu..:

sharamli said...

kenapa ni? Gad0h sikit je kan.. Insyaallah nanti 0k la hati kawan tu

pal7 said...

sha
ada salah faham sikit, menyentuh sensetiviti masing2..

sahabat
peribadi
adat
kepantangan
maruah

semua kita harus jaga, tidak kira sebagus mana pon kita, kalau perkara ini diambil temeh, perkara yang buruk pasti berlaku.

kisAh kitA said...

mesti ada jalan penyelasaiannye kan en.pal

amiena said...

jgn gaduh2 k....lapangkan dada...baru tak semak otak...mesti ada jalan penyelesaiannye k pal

pal7 said...

kisah kita
penyelesaiannya adalah berbaik semula..mengalah mana yg patot :)

amiena
insyaAllah semua kan baik2 saja

amiena said...

cepat2 ckit le selesaikan nye.......maka leh happy kembali

sharamli said...

harap2 dah 0k...