Sunday, April 24, 2011

di medan ini

dalam beberapa jam saja lagi, saya akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ke dua pengajian saya..dalam kepala saya, silih berganti perkataan-perkataan seperti anova, friedman, kruskal wallis, LSD, tukey's dan macam-macam lagi..penuh dan berserabut, menjadikan kepala saya sedikit pusing, pening, padat dan berdenyut-denyut..

selama empat bulan untuk pengajian semester ke dua, terlalu banyak maklumat yang harus dikumpulkan dalam kepala saya untuk dirumuskan dalam masa tiga jam sahaja..letih otak saya memikirkan penyelesaian setiap masalah yang berbelit-belit, dengan formula yang terlalu kompleks dan perlu dihuraikan setiap persatu..letih sekali..

ada banyak lagi yang bermain di fikiran selain dari istilah-istilah statistik dalam penyelidikan yang saya nyatakan tadi..tesis sarjana saya masih belum selesai, dengan tahap kesibukan penyelaras tesis sarjana saya yang sangat tinggi, kadang-kadang sangat sukar untuk saya bertemu secara empat mata bagi membincangkan hasil kajian yang telah saya lakukan tentang pendidikan khas di politeknik..

tarikh pembentangan tesis sarjana saya sudah tidak lama lagi..sangat dekat, tapi saya masih lagi belum siapkan sepenuhnya..perkara ini membuatkan saya sedikit tertekan, untuk menghadapi peperiksaan akhir lagi..sebenarnya, sangat tertekan mungkin..melihat teman seperjuangan saya yang lain, ada yang sudah dapat siapkan tesis sarjana ke peringkat akhir..ada juga yang bernasib sama seperti saya..masih terbengkalai dan kadang-kadang terasa seperti diabaikan..

saya sudah malas mengeluh, malas nak terlalu serabutkan kepala saya dengan masalah-masalah yang menggangu saya sepanjang tempoh pengajian ini..jadi saya biarkan saja..biarlah saya selesaikan satu persatu..apa yang penting bagi saya, walaupun saya agak lambat untuk selesaikan masalah saya, sekurang-kurangnya masalah saya dapat diselesaikan..itu sudah memadai bagi saya..

sekarang adalah masa untuk saya berehat sebentar memandangkan saya masih belum tidur pada malam ini..sedangkan peperiksaan saya bermula tinggal beberapa jam sahaja dari waktu ini..biarlah, saya pasrahkan pada Tuhan yang lebih tahu apa yang akan terjadi nanti..mudah-mudahan saya berjaya..

6 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

kamu pasti akan berjaye.... percayalah... setiap cabaran membuatkan kamu lebih bijak dari org lain....

semoga berjaya utk final exam ok....

ape lagi nak cakap... hurm... nnt... pikir dlu ni...

Anonymous said...

Good Luck....
p/s: tidur itu penting..

pal7 said...

thanks..

DrSam said...

moga dipermudahkan segala urusan dan dibuka pintu penerang hati.

pal7 said...

DrSam..
terima kasih..mudah2an lah ye..amin

zafi said...

Jujurnya saya kurang gemar exam waktu msc kerana perlu analitikal dalam menjawab soalan... good luck!