Tuesday, January 11, 2011

fantasi dingin malam 2

lembaran tahun baru dunia seolah menenggelamkan zali..semangatnya hilang ditiup angin lalu..perkhabaran diterima dari orang tua membuatkan zali terfikir..ada benar dalam hujung kata ayah..siapalah zali untuk membantah, menegakkan benang yang basah..hemat orang tua, biasanya benar dalam setiap jangkaan, kerna lebih dulu merasa masinnya garam dunia ini..
.
.

puas zali berkeluh kesah..masih dalam pertimbangan antara kaca dan permata..

.
.

zali mencapai sebatang rokok winston merah di penjuru meja..masih berbaki lebih kurang 15 batang..rasa zali, baru tadi, zali beli di kedai mamak berhampiran kampus pengajiannya..bila api menyambar hujung rokok itu, zali sedut dalam-dalam..mata zali sedikit terpejam bila hembusan kepul-kepul asap berebut-rebut keluar dari rongga hidung dan mulutnya..

terkesan dengan masalah yang menghimpit, tak pernah lepas dari kotak pemikirannya, zali lemah dalam usaha mencari penyelesaiannya..buat masa terdekat ini, biarlah winston merah yang masih berbaki itu menjadi temannya..melepaskan segala kekusutan yang melanda..

hari ini sudah pun masuk minggu ke tiga pengajian..pada awalnya, bukan main bertekad dalam sanubari zali mencari apa yang diimpikan dalam hidupnya..berazam bersemat di dada untuk melakukan transformasi..

.
.

mengejek sendiri zali pada dirinya..kononnya kuat, tak bisa luntur dengan masalah yang melanda..tapi hakikatnya?..penat..

zali penat..

10 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

sy no.1...

aku hanya mmpu memandang dari jauh... berat mata memandang... berat lagi bahu yg memikul... hanya mampu mengharapkan yang terbaik utk sahabat kesyangan ku ini...

............

pal7 said...

paiz..
mg memang slalu no 1..

biarlah berserah pada ketentuan je

DrSam said...

kalau dah jodoh takkan kemana. Keinginan dan perkiraan orang tua selalunya betul.

pal7 said...

DrSam..
saya berserah pada ketentuan Allah..kalau itu yg tersurat, saya redha je..amin

Anonymous said...

mungkin itu yang akan membuatkan hati kamu bahagia... tidak seperti dulu yang sentiasa mendatangkan keperitan dan kedukaan...

my tips:-
-berdoa pada Tuhan agar diberi kekuatan & petunjuk
-jaga kesihatan: jgn bertemankan rokok
-fikirkan masa depan: tumpukan pada pelajaran.

Dari sahabat untuk sahabat...

pal7 said...

anon.
thanx for that tips..

biarlah Tuhan yang tentukan..

umie@kakyong said...

Orang kata ikut kata org tua lebih berkat... tapi ibu bapa sekarang mempertimbangkan apa kehendak anak2 mereka..

pal7 said...

umie..
saya masih dalam pertimbangan..setakat ni, tiada lagi kata putus bagi ke dua2 belah pihak..biarlah sedikit masa lagi..biar Tuhan yang tentukan kisahnya..

*terima kasih jenguk blog saya..

FarhanaDr said...

mcam mana pn percaturan hidup untuk anda kelak, moga berbahagia saja hendaknya di masa hadapan, paling tidak dapat bayar segala kelukaan yg penah hadir dalam knangan.. kan?

tak slalunya kita leh jadi kuat, sekali sekala lemah dan jatuh, boleh bantu kita jadi lagi kuat.. chaiyok pal..

pal7 said...

farhana..
terima kasih..hehe

:)