Thursday, December 2, 2010

di balik kepul-kepul awan

zali tersentak..diamati betul-betul lembaran putih bertulis itu..seketika zali diam..tanpa dipinta, fikiran zali ditujah resah, perlahan mendenyutkan urat-urat yang berkembang di sekitar kepalanya..padat bersama darah yang seolahnya tersekat, menghalang pengaliran yang sebelumnya lancar menyegarkan..

bingung mula menguasai pemikiran zali..terpinga-pinga dek penangan lembaran putih yang membunuh ketenangan hatinya..kertas akhir psikologi ini benar-benar menghambat rasa gundah di seluruh jiwanya..zali memujuk sendiri menyurutkan gelora yang bersarang..

bola mata zali dilontarkan pada teman-teman yang memenuhi dewan peperiksaan itu..kerut di dahi masing-masing menjelaskan perasaan yang kian menghimpit..ketidakpercayaan pada kenyataan yang tersurat di kertas psikologi menghantui mental mereka..selari dengan teori falsafah kepercayaan Eric Ericson yang dipelajari di kelas Prof Yusop Hadi awal bulan yang lalu..

denyut di kepala zali semakin menggigit..tambah pula dengan sehariannya zali tidak lelapkan mata membuat persediaan menghadapi kertas psikologi ini..bak kata pelopor teori pelaziman operan, Edward L. Thorndike, persediaan yang baik membolehkan individu menghasilkan sesuatu yang baik dan bermanfaat..bersengkang mata zali membuat persediaan, namun psikologi mentalnya baru saja terluput sepuluh peratus setelah dijamahkan dengan soalan-soalan kertas psikologi itu..bagaimana pula persediaan yang diutarakan menjamin kepada hasil yang baik dan bermanfaat kepada zali?..

masa benar-benar mencemburui..zali iyakan kiasan itu pada situasinya kali ini..terasa baru saja zali menarikan pen hitam bermata bulat di muka surat pertama, jarum jam Seiko 5 buatan Jepun di tangannya sudah menjangkau ke angka sembilan..setengah jam berlalu begitu sahaja dengan hasil tarian pen yang dipinjamkan faiz, teman baiknya itu, cuma mampu di perenggan pertama yang menjawab persolan mendefinisikan psikologi dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional..

menyedari tahap kognitifnya bukan di setakat itu, zali melebarkan semangatnya dengan menjerat psikologi pemikirannya berkaitan matlamat dan tujuan utamanya berada di salah sebuah universiti ternama di malaysia ini..zali motivasikan dirinya dengan mengenang kembali kisahnya berhempas pulas dengan kudrat dari tubuh kecilnya..zali kenangkan hampir tiap harinya zali berjerih peluh dek terik api kuali menggoreng pisang bersama uda, saudara kandung yang telah banyak berkorban untuk dirinya..zali juga kenangkan kembali perasaan malu yang menebal, yang terpaksa ditanggungnya seumur hidup setelah menagih ehsan dari orang yang bukan sepatutnya untuk melunaskan yuran pengajian sarjananya..

zali praktikkan teori motivasi Abraham Maslow tentang kepuasan diri..zali yang empunya diri lebih mengetahui apa yang dikehendakinya..teori pelopor motivasi kelahiran Brooklyn, New York itu diasimilasikan dalam dirinya sedalam-dalamnya..dan teori itu sedikit sebanyak berkesan pada jiwanya..

zali merungkai tentang kehendaknya berada di sini bersama teman-teman lain mengejar cita yang satu, bermatlamatkan untuk merubah nasib diri kepada kehidupan yang lebih baik..zali memilih kerjaya pendidik sebagai penjamin masa depannya, duniawi mahupun ukhrawi..

tumpuan zali bukan lagi pada kerjaya jurutera terhebat di tapak pembinaan yang pernah dijawat dengan penuh bangga penghujung disember tahun lalu..banggakah bermandikan maki hamun orang atasan pada awal-awal pagi?..atau banggakah dengan kepura-puraan yang membelenggu rohaninya, melempar senyum pada manusia-manusia bangsat yang memutarbelit suasana, menjerat dan menunding, hingga akhirnya kepolosan zali memakan diri sendiri?..setidak-tidak pun, banggakah dengan hasil kerjasama client menandatangani laporan-laporan proses pembinaan setelah beribu wang dihabiskan melayani serakah perut mereka yang semakin membuncit?..

telah tersurat rezeki dari Tuhan mengeluarkan zali dari dunia kebanggaan itu..membolehkan nuraninya disedarkan dengan kebanggaan yang pernah dilakukan suatu ketika dulu..rezeki dari Tuhan juga membolehkan zali bersama-sama teman yang lain, duduk di kerusi di dalam dewan yang sama, menginterpretasikan segala pengetahuan yang diakomodasikan dalam mental pemikirannya ke atas kertas akhir semester satu, bagi sarjana pendidikan teknik dan vokasional sejak dua minggu yang lalu..

helaian lembaran putih bertulis itu akhirnya terselak hingga ke muka surat terakhir..dada zali sedikit lapang bila Tuhan mengizinkan minda zali beroperasi sebaik mungkin untuk mengakhiri kertas psikologi yang benar-benar mengetuk pemikirannya bertindak kreatif, kritis dan analitis untuk menyelongkar jawapan kepada persoalan yang menguji tahap kesarjanaannya..

kata-kata peringatan dari pengawas peperiksaan pada minit-minit terakhir, sedikit memaksa zali bagi menarikan pen mata bola di kertas jawapan bagi menghabiskan ayat-ayat terakhir untuk kertas psikologi itu..zali panjatkan kesyukuran pada Yang Esa kerana berjaya menyelesaikan setiap permasalahan kertas terakhir untuk peperiksaan kali ini, tepat pada masanya..

zali senyum melangkah keluar dari dewan peperiksaan bertemankan selawat pada Junjungan Rasul Allah dan tawakal pada Tuhan yang mengasihi hamba-hambaNya..


mengintai di balik kepul-kepul awan


11 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

bila desakkan menghambat diri... aku bangun dari kerusi itu... dengan jiwa kesah umpama awan berkepul... aku melangkah longlai keluar dari dewan.... dalam hati hanya aku yang tahu...betapa aku kechewa.....

pal7 said...

pasrahkan pada ketentuan ilahi..biar redha dan tawakal menjadi pengiring dalam setiap langkahmu..

mat_paeiz said...

langkah ku lemah.... umpama kehausan di padang pasir nan kering lagi terik

zafi said...

its late to wish good luck! but i know you can do it bro. Insyaallah. have faith! anyway what r u into now?

Anonymous said...

Good point, though sometimes it's hard to arrive to definite conclusions

DrSam said...

semoga di tahun yang baru ini dan kedatangan maal hijrah, zali menjadi lebih tabah...

pal7 said...

zafi..
terima ksih..mudah2an Allah membantu saya dan kamu juga ..

anon..
terima kasih..hidup beginilah yang tersuratkan..

dr Sam..
terima kasih dr. semoga dr juga dirahmati Allah..amin

Syed said...

Morning bro :)
How you doing?

pal7 said...

en syed..
hi..im doin good..u?..

semoga hari2 mendatang menjadi lebih baik dari sebelumnya...hehe

SheLLy said...

menung pjg nmpk..

pal7 said...

shelly..
merenung masa depan..cmtu la..hehe

*thanx sudi singgah