Friday, November 19, 2010

lelah

seharian berhempas pulas di warung pisang goreng, terasa bagai tubuh kecil zali ditindih dengan beban yang bertan-tan..saban hari pelanggan kian bertambah..maka tugas dan tanggungjawab zali juga bertambah..walaupun sekadar menjadi pembantu uda di warung goreng pisang, zali tetap memberikan sepenuh komitmen menjayakan perniagaan yang menjadi sumber pendapatan uda..tambah lagi, hasil juga sedikit sebanyak disalurkan kepada zali juga..jadinya, harus bagi zali memberikan yang terbaik sebagai galangnya..

selesai berkemas, zali pulang ke rumah sewanya dahulu semasa memikul tanggungjawab sebagai jurutera di syarikat pembinaan hampir setahun yang lalu..sengal-sengal juga masih terasa benar di setiap sendi zali bahana kudrat yang digunakan siang tadi..usai membersihkan diri, zali melabuhkan punggung di sofa berteman hairi, rakan perniagaan uda sejak dari penubuhan syarikat uda sendiri hampir tiga tahun yang lalu..

kepul asap memenuhi rongga paru-paru dan keluar berasak-asak menghiasi ruang tamu rumah bujang itu..diselang dengan derai tawa zali dan hairi memecah sunyi malam..pelbagai kisah lucu dahulu diungkit membangkit rasa menghilangkan lelah seharian di warung goreng pisang tadi..dari kisah goreng pisang hinggalah kepada kisah zaman muda dahulu..

perbualan menjadi agak kendur bila perut masing-masing berkeroncong minta diisikan makanan..kebetulan alep yang baru pulang dari kerja sebagai pemandu lori, zali dan hairi pelawa untuk makan bersama..

sayam cafe di hujung jalan rumah menjadi sasaran..




*bersambung

0 kOMen2 kAMu..: