Saturday, November 20, 2010

lelah duga dunia

usai mengisi perut yang kosong, zali, hairi dan alep pulang ke rumah..dalam fikiran, masih lagi mencongak apa aktiviti malam minggu yang patut dilakukan..ingin ke pasar karat johor bahru terasa malas..ingin bermain snooker bersama kawan, wang di poket tidak mengizinkan..ingin bersantai di rosco cafe melayan karaoke, cuaca masih gerimis..

entah serba tidak kena rasa zali..sedang jiwanya bukan main terbeban asyik terperap di rumah..cuti hujung minggu ini patutnya tidak harus dipersiakan..selagi malam masih muda, selagi itu harus diterangkan matanya..jangan biar ada selit rasa mengantuk dalam diri kerana hujung minggu sangat bermakna baginya..tika inilah zali dapat meneroka bandaraya johor bahru tanpa ada kekangan dari kerjanya..namun malam itu, semuanya terasa lain benar..

zali pelawa hairi untuk keluar mencuci mata, namun sia..hairi ada date bersama faz, gadis johor yang sudah dua tahun menyemai kasih bersama..ingin pelawa alep, teman sekampung zali itu masih sengal-sengal badan, menolak pelawaan zali atas alasan esoknya harus kerja awal pagi..perlu cari wang lebih bagi merancang perkahwinannya tidak lama lagi..penyudahnya, zali bersendirian..pasrah..

daun pintu bilik perlahan zali bukakan..zali menyembam muka ke bantal..gelodak hatinya memberontak mahu keluar dek bosan di rumah bersendirian..nokia 5300 express music milik adiknya, yang telah menjadi hak zali memainkan muzik..pelbagai lagu diputar menjadi teman menghilang sunyi zali di ruang bilik..suasana sangat suram dihiasi gerimis yang kerap bertandang sejak dua tiga malam lepas..

langit semakin menghitam..mata zali cuba dipejam..puas zali bergolek, hingga akhirnya kelopak matanya layu..zali hanyut dibuai mimpi entah ke mana..hanya kedinginan malam yang menggigit tubuh kecil zali..

kelopak mata zali terbuka bila pagi datang..sinar cahaya matahari yang menembusi tingkap nako tepat menujah ke bilik zali..geliat geliut tubuh zali sambil meraba-raba selimut yang entah lepas ke mana..kurang seminit zali mencapai selmut untuk menutup wajahnya dari sinar mentari, taluan di daun pintunya benar-benar mengganggu kedamaian paginya..sayup-sayup suara hairi memanggil namanya..

jarum jam di dinding baru menganjak ke angka lapan..pagi benar hairi bangun mengejutkan zali..entah apa lagi hal yang ingin diperkatakan..cuti hujung minggu ini jarang sekali zali dipersiakan..biasanya, bila matahari tegak di kepala, barulah zali keluar dari ruang beradunya..itu pun bila rama-rama di perut sudak berterbangan..

telinga zali menangkap riuh dari luar bilik..dari jauh zali dapat dengar suara hairi, alep dan uda di ruang tamu..entah apa yang penting sangat harus dibincangkan pagi-pagi ini..lemah zali melangkah keluar dari bilik dengan selimut corak bunga masih belum lepas dari menyaluti tubuhnya..

"li, motor kau hilang ni".. suara hairi bagaikan petir yang merenjat tubuh zali..

mata zali meliar di garaj rumah, melihatkan posisi motorsikal yang diletakkan malam tadi..kosong..kelopak mata zali yang tadinya terasa berat sekali untuk dibuka, menjadi segar..dada zali turun naik..

"Ya Allah, apa lagi dugaan yang Kau berikan padaku ini?".. getus hati kecil zali..

zali terduduk di sofa..terdiam, sepi..

merenung jauh entah ke mana..

6 kOMen2 kAMu..:

sourplum said...

sian ko

pal7 said...

wan..
pasrah je lah..huhu

FarhanaDr said...

Moto itu.. Hmmm.. Moto yang banyak jasa kan pada zali dari dulu sampai saat kehilangannya.. Moga tabah seperti selalu.. Apa lagi yang termampu, hanya sabar dan terus sabar seperti yang selalu zali lakukan.. Sabar dan redha.. Pasrah.. Satu hari nanti pasti dibayar semua duga dan lelah yang zali hadapi..

All the best.. Take care..

pal7 said...

farhana..
semua dugaan harus ditempuh..nak wat cmna..redha je la..huhu

tq ok

The Spiral Eyes said...

Innalillahiwainnalillahirojiun,semoga ALLAH memberi ganti yang lebih baik diatas kehilanganmu

pal7 said...

sha..
amin..dugaan dunia..