Wednesday, October 13, 2010

dugaan dunia

tubuh zali tewas setelah tiga hari berturut-turut dengan urusan katering..majlis graduasi di universiti baru melabuh tirai tengahari semalam..atas faktor yang sedia maklum, hati zali tidak mampu mengatakan tidak pada Pak Syed dan Cik Zai untuk membantu caterer nombor satu di universiti itu..jasa dan budi menjadi pegangan hidup zali..sudah menerimanya, pasti ada balasan..

zali melangkah longlai masuk ke ruang biliknya..benak fikirnya, rehat menjadi keutamaan..biar otot-otot zali yang tegang dapat dikendurkan..mata zali pun merah dari semalam kesan dari kekurangan tidur dan rehat yang secukupnya..zali membersihkan diri setelah tuala biru dicapai lemah masuk ke kamar mandi..

riuh rendah dan gelak tawa teman serumah di ruang tamu langsung tidak menarik minat zali untuk mengetahuinya..bagi zali, tilam nipis dan bantal corak bunga lebih penting..sedari tadi seolah melambai-lambai menggoda zali untuk beradu..baru seminit dua merebahkan tubuh lemah ini, zali hanyut dibawa mimpi entah ke mana..yang tinggal hanya desir angin dari dengkuran nipis zali sahaja..penat, letih, sakit..semuanya berbaur di tubuh zali..

. . . . .

mimpi zali hilang bila langit makin menghitam..bila sedar, zali lihat faiz sudah pun disisinya..raut wajah teman seperjuangannya mencapai cita yang satu sugul..dialun dengan rasa kasihan yang tidak pernah lari dari perasaan teman baik zali..faiz sudah lali dengan suasana ini..faiz sendiri faham apa yang zali alami sejak zaman pengajian terdahulu..apa yang zali mampu bicarakan, semua yang berlaku sudah menjadi ketentuan dari Tuhan..semuanya dugaan dan zali harus pasrahkan..

perlahan zali bangun, membersihkan diri..sengal-sengal masih belum lepas dari tubuhnya..rasa seperti baru tadi zali pejamkan mata..zali harus kuat lawankan nafsu..maghrib tadi pun sudah hampir terlepas..mujur faiz datang, mengingatkan zali tentang urusan akhirat itu..tambah pula, rama-rama dalam perut zali sudah beterbangan..

usai, zali bertemankan faiz keluar bersama myvi hitam kepunyaan faiz..dalam fikiran ligat, tempat makan yang enak-enak mahu dituju..kurang tiga minit perjalanan, telefon nokia berteknologi tinggi milik faiz mengalunkan irama..jauhari di talian, pelawa untuk makan bersama..memandangkan masih lagi zali dan faiz membuat keputusan tentang tempat yang harus dituju, zali iyakan juga pelawaan jauhari, sahabat kelahiran melaka yang juga merupakan teman seperjuangan zali mencapai cita..

azizah cafe menjadi sasaran..

*bersambung

6 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

membalas budi biarlah ikhlas k... jgn sampai menyeksa tubuh kecil itu...


jauhari laa... ok!!...

ha3...

Anonymous said...

tabahkan dan cekalkan hatimu...

pal7 said...

paiz..
ikhlas tp jauh..huhu

anon..
terima kasih

mat_paeiz said...

ikhlas tp jauh??... sorii.. tidak paham....

pal7 said...

paiz..lirik lagu la..ve

mat_paeiz said...

ok... aku mmg lembab skit... harap maklum