Wednesday, October 13, 2010

dugaan dunia lagi

murni, niza dan shuhaida awal-awal lagi bertandang di azizah cafe yang bertemakan suasana klasik 60-an itu..rupanya sudah dijanjikan oleh jauhari ingin melepaskan hajat makan bersama teman-teman yang lain..tidak ketinggalan zainab juga hadir bersama dengan rahayu memeriahkan majlis malam itu..perbualan sememangnya tidak pernah lari tentang perihal tugasan yang diberikan kepada manusia-manusia ini dalam mengejar cita sebagai pendidik yang cemerlang di masa akan datang..

dalam mengharung kehidupan dunia sebagai pencari ilmu, pelbagai dugaan dan rintangan yang datang..zali juga tidak terkecuali..sejarah dulu perlahan merayap ke fikiran..dalam usaha mengejar cita, kerja keras tak pernah lepas menampung sara hidup di rantauan..mujur ada pinjaman dari pihak kerajaan dapat mengurangkan beban yang tertanggung di bahu masing-masing..

perbualan menjadi semakin rancak bila telinga zali menangkap tajuk cerita..pinjaman dari pihak kerajaan telah diluluskan..senyum zali melebar..hilang rasa lelah yang melekat di seluruh tubuh..zali panjatkan syukur pada Tuhan kerana limpah nikmat yang diberikan..sekian lama, akhirnya penantian zali berakhir..kurang satu beban yang dipikul di bahu..

difikiran, sudah terbayangkan tentang barangan yang hendak dibeli dengan wang pinjaman tersebut..perkara utama yang melingkari benak hatinya adalah ingin melunaskan serba sedikit piutang teman-temannya..janji tetap harus di kota..sudah begitu lama hati zali terbeban dengan masalah ini..kadangnya, merah sendiri wajah kumis zali, malu dan segan memikirkan budi dan jasa tangan-tangan yang menghulurkan masih belum terbayar..dengan adanya pinjaman dari pihak kerajaan ini, dapatlah zali kurangkan rasa yang sentiasa menghantuinya saban hari..

fikiran zali melayang lagi..teringat suatu ketika dulu, teringin benar zali gantikan kasut kulit hitam hadiah dari ayah semasa awal pengajian zali dahulu..begitu setia menemani zali lebih empat tahun lamanya..masih baik dalam jagaan zali cuma terdapat sedikit kerosakan di tapak kasutnya..mungkin lekang dek basah air basuhan pinggan mangkuk semasa zali mengerah kudrat dengan urusan katering..kasut kulit hitam itu juga yang zali sarungkan bila menghadiri kuliah atau menghadiri urusan formal..bahkan, kasut itu jugalah yang berjasa pada zali semasa hari temuduga kerjayanya sebagai jurutera pembinaan suatu ketika dulu..

zali teringat lagi, baju formal zali sudah lama tidak bertukar..hampir tiap minggunya, baju kemeja lengan panjang zali sama sahaja..kadang-kadang, zali terusik dengan gurau teman-teman yang lain menyuruh zali membeli baju lain..saban minggu hanya kemeja biru hadiah cemerlang spm dari guru sekolah menengah yang tersarung di tubuh kecil zali..jika bertukar pun, kemeja merah belang halus menjadi ganti..atau kemeja putih yang biasa zali gunakan untuk urusan katering sahaja menjadi pilihan..kata teman-teman, pola penampilan zali sama sahaja, tidak berubah..dalam senyum manis-manis kelat, zali redhakan dugaan yang telah Tuhan berikan sepanjang kehidupan zali di dunia ini..

tapi itu semua akan berakhir esok hari..hati zaki bakal tenang bila zali sudah langsaikan segala piutang zali pada tangan yang memberi..zali angankan mahu dapatkan apa yang zali hajati sedari dulu..tidak lama lagi, kaki zali bakal tersarung dengan kasut kulit hitam yang baru..biar zali, tanpa segan lagi menghadiri kuliah berdampingan teman-teman yang lain..tubuh kecil zali juga akan dihias dengan kemeja cantik-cantik..zali mahu lihat teman-teman zali yang dulu sering mempersendakan zali biarpun dalam gurauan membuka mata melihat pola penampilan zali bakal juga berubah..

tidak sabar rasa hati zali menunggu detik-detik yang bakal menguntumkan riang di harinya..malam itu dada zali lapang berteman senyum telinga sampai ke paginya memikirkan nikmat yang Tuhan kurniakan..


*bersambung lagi

2 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

aku ke org itu... maaf kalau ungkapan kasar dari mulut cabulku ini menuris hati seorang teman baek... tidak pernah terlintas untuk mengungkit perkare yg boleh menyakitkan hati zali... jauh sekali untuk menghina dan mempersendakan zali... aku harap zali paham... gurauan yang lansung tiada niat yg menyentuh hati kecil zali... dengan linangan air di kelopak mate menjadi saksi betapa aku merase bersalah dgn ape yang telah terjadi... sekali lagi.. ampun maaf ku pohon dari sabahat @ saudaraku sazali...

pal7 said...

paiz..
kau la sahabat dunia akhirat..