awal pagi lagi, zali sudah bangun dari kamar beradu..hatinya dicuit riang dari semalam..ada suatu perasaan yang sukar digambarkan dalam hatinya..seolah-olah ada satu ikatan yang sangat kuat telah pun zali lepaskan..hela nafas lega itu membuktikan betapa selama ini, zali lemas dengan dunia..dugaan Tuhan tidak pernah putus untuk dirinya..tapi zali tahu, semua itu kerana Tuhan telah pun menetapkan sesuatu yang lebih baik untuk setiap hambaNya..
zali menghidupkan suiz motorsikal ex5 dream yang dipinjamkan uda kepada zali setelah hampir tiga tahun lalu..enjin motorsikal dipanaskan..terniat di hati zali, bila wang pinjaman sudah dikeluarkan, zali ingin menukarkan tayar motorsikal yang sudah haus..minyak enjin juga sudah berbulan-bulan tidak diganti..semuanya zali tangguhkan sementara menanti pinjamannya diluluskan..
zali bergerak menuju ke bank yang terdekat..kleteng kletung bunyi rantai motorsikal yang sudah bengkok menjadi suatu susunan irama menemani keberangkatan zali menunaikan angannya..zali sedar ada mata-mata yang menjeling bila zali melintasi sekumpulan anak muda yang sudah mula berkumpul di hujung simpang..dari cermin belakang, zali nampak mereka seolah mengejek dan mengajukkan bunyi yang terhasil dari motorsikal zali..hati zali agak panas dengan tindakan mereka, sepanas kopi yang zali hirup awal pagi tadi..
. . . . .
zali melemparkan senyum bila matanya bertentangan dengan wanita cina di kaunter bank..teka zali, wanita ini berusia dalam lingkungan 30-an..berbaju kurung biru, manis menyambut kedatangan zali..zali melabuhkan punggungnya setelah zali dipersilakan duduk oleh wanita itu..suasana begitu nyaman dengan penghawa dingin yang terpasang, menikam sejuk sampai ke tulang..tidak seperti di luar..terik menggigit tubuh tanpa belas lagi..bandar batu pahat ini seolahnya menjadi semakin panas sejak hujan jarang turun..
zali menyatakan keinginannya untuk mengeluarkan sejumlah wang dari pinjamannya..buku penyata bank disambut baik oleh wanita itu untuk dikemaskini sementara zali mengisikan borang permohonan pengeluaran wang..belum siap lagi zali mengisikan butiran di borang itu, wanita cina dengan raut berkerut memandang zali..hairan zali melihat apa yang diperlakukan oleh wanita itu..tangan zali terhenti dari terus menulis..
hati zali berubah..nalurinya mengatakan pasti ada sesuatu yang tidak kena..zali pandang wajah wanita cina itu dengan penuh persoalan..
*bersambung lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 kOMen2 kAMu..:
Post a Comment