Thursday, September 30, 2010

tiada rasa

malam zali bertemankan irama pehli naza yang menjerat hatinya sejak dua tiga hari yang lalu..terus terusan lagu hindustan itu diputarkan tanpa henti menjadi sahabat halwa telinganya..sedari dulu, melodi dari negara bollywood menjadi sebahagian dari koleksi mengisi kekosongan rasa di hati bila zali dihambat sepi..

sejenak fikiran zali melayang..menghimpun memori yang silih berganti..pelbagai kisah bersiar di benak akal yang tak terluah dengan kata..begitu sukar diterjemahkan dengan susunan cara..yang pasti hanya hati dan rasa yang bisa mengerti siksa runtun di jiwa..

tugas dan tanggungjawab terpikul benar-benar menjadi satu beban tak tergalas..maha berat duga dunia yang menjadi penghalang tubuh kecil ini melayarkan sayapnya..lelah luluh yang menghimpit tak pernah lekang..keluh desah bukan lagi lawan..

sanubarinya disalut sepi..kian jauh masa berlalu, hati zali disinggah persoalan yang kadangya menjadi mainan dalam mimpinya..sakit menyiksa mencuri damai jiwa yang hadir..merenjat pedih..

kadangnya hati zali bergetus mahu lari dari segala-segalanya..namun dek waras yang masih bertandang, kaki yang goyah ini sengaja dikuatkan..bimbang pada pengakhiran menjerat sendiri merosak semuanya..




hanya kudus doa dipanjatkan agar zali tetap terus kekal bertahan..

5 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

ada rasa

Anonymous said...

bersabarlah dengan aper yang berlaku dan aper kau lakukan... kebahagian dan kesenangan menantimu nanti...

pal7 said...

paiz..
tawar..

anon..
tq..

FarhanaDr said...

huhu.. maken hari ayat dia makin mendalam.. pegi sekolah blaja sastera ke? :p

all the best.. best wishes from me..

pal7 said...

farhana..
perli nampak..hehe

terima kasih..