Sunday, August 15, 2010

kelkatu di bawah lampu neon

fikiran jauh menerawang bila malam makin larut..renyai hujan menambahkan lagi malam yang kian sepi..sengaja zali membiar diri diulit dek bayu sepoi membelai tubuh yang semakin mendingin..

sinaran lampu neon di jalanan masih lagi akur dengan tugasnya menerangi pekat malam..dengan berteman kelkatu berterbangan mengelilingi cahaya yang terpancar..tiada secalit rasa hati si kelkatu jemu menjadi sahabat yang setia kepada cahaya..biar pada hakikatnya, kelkatu pasti rebah ke bumi bila cahaya hilang..biarpun bahang cahaya itu bisa sahaja membunuh si kelkatu, namun tetap jua si kelkatu berusaha tidak lari jauh dari cahaya itu..kerna si kelkatu tahu, bahang itulah yang menjadi pelepas kepada kedinginan malam harinya..

zali cuba berpijak di bumi yang nyata..menyelami dalam sedar erti dunia sebenar..namun bila hati zali lebih dulu bicarakan, zali kalah lagi..

zali umpama kelkatu..

seikhlas hati zali membina hubungan, tiada sekelumit rasa hati zali ingin putuskan sebegitu sahaja..baik buruk bukan ukuran untuk zali menghukum istilah persahabatan..bukan mudah bagi zali untuk terus melupakan kasih yang telah terlihat..kerna zali tahu, disebalik yang buruk, pasti ada baik dalam setiap hubungan..cuma masa masih lagi belum membuka mata kita untuk melihat yang tersirat itu..

kadang hati zali juga runtun kesal, bila kasih sahabat yang zali lahirkan dari hati tersia tanpa dihargai..zali akur dan sedar, zali juga serba kurang dalam perlakuan..kadang terleka dengan tutur yang mengguris atau sopan yang hilang bila diri dipandu bukan dengan akal..tiada apa lagi yang bisa zali lakukan, hanya susunan jari dan rasa penuh pengharapan minta diberikan sedikit kemaafan bagi menggantikan khilaf yang terwujud tanpa zali sedar..

seperti rasa dari hati, zali rela menjadi kelkatu..

biar..jangan lagi dipersoal kerna zali sendiri tahu hemat orang berbagai rencah..namun bila hakiki sudah disurat sebegitu, zali adalah tetap seperti zali sepertimana manusia-manusia yang pernah mengenali zali seadanya..

zali pasrahkan pada manusia-manusia yang telah zali tercurahkan rasa sebagai peneman sepi kasih sahabat pergi jauh meninggalkan zali..terima kasih pada nikmat kasih sahabat yang pernah zali rasakan dulu..namun untuk zali terus melupakan, tiada pernah terlintas dari kudus hati..biar tinggal dalam kenangan sekalipun..pasti tetap tersemat sedalam-dalamnya dalam ingatan ini..

kerna zali itu sendiri adalah kelkatu di bawah lampu neon..

7 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

tacing2...

neway.. dont wori lah kawan... im not that type of person k... wish u best of luck >> mcm x dop kene mengene je... hu3

pal7 said...

mat_paiz
susah nak cari kawan baik sekarang nih..huhu

terima kasih jadi kawan aku deh..hehehe

Anonymous said...

mungkin. perginya sahabat itu untuk mengubat luka yg mungkin dia tidak rela utk kamu melihatnya. tiada niat di hatinya memutuskan rasa barangkali, cuma kelukaan yg dalam diam tercipta tanpa disedari bikin dia makin jauh dengan kamu.

Anonymous said...

terkdang ade prkare dlam dunia ni yg tak mampu terlihatkan oleh insan2 yg sdg berbahagia.

Anonymous said...

sabar yer..chayouk2..sesungguhnya jauh di sudut hati lampu neon itu maseh menyimpan kaseh persahabatan yang mesih lg menyala...kan ku doakan yang terbaik utkmu..

pal7 said...

anon..
maaf jua ku pinta andai ada hadirku ini coret duka dalam hati mu..bukan niat mahu mencalar, takdir itu penentu segala..biar jauh kau berlari tinggalkan kasih tercipta, sedikit pun tidak gugat aku untuk pudarkan rasa pada silam itu..

maafkan aku sebagai teman yang pernah menjadi sahabat mu..

pal7 said...

moga neon itu terus menyinar walau bukan dengan kelkatu yang sama..