Thursday, August 19, 2010

bila luluh rasa itu..

bila hati digugat resah, menerawang lagi kotak akal mahu melayangkan coret..terpanggil atas dasar kemanusiaan, pantas jemari melulis rasa dari hati..tak terdaya lagi hati mahu disimpan, biar semuanya terluah, tidak lagi jadi beban pada jiwa yang menanggung..

sebelum bicara berterus panjang, izinkan hati mohonkan ampun..andai diri penuh khilaf terlajak jauh menerbitkan jelas bisa mencalar duka pada yang merasa..siksa menambah pada parut yang berdarah lagi..

sedih membungkam bila kasih disalah erti..
ikhlas rasa yang hadir membawa kepada duka yang berpanjangan..

bila bersalah terus menghambat, hati langsung gelora..tiada terlintas mahu menyakiti pada yang merasa..hati juga akur dan mengiyakan, ketelanjuran kasih yang terlihat menjadikan rasa itu terjelas tanpa pengesahan..terumbang terhuyung, tiada terpandu di landasan..terkapai lemas tiada ketepian..

sesal pada diri sendiri, bila jujur kasih yang tercurahkan pada manusia khilaf ini, tidak dapat dibalas dengan sepenuh rasa dari jiwa..sungguh, gelora yang melanda maha berat..tidak tersanggup rasa hati mahu menghiriskan rasa..tidak tersampai mulut mahu lontarkan bicara..tidak terdaya mahu menahan, bila akhirnya bisa luluh hati itu menerima apa yang telah disuratkan..

berterus-terang itu tak semudah dilafaz oleh kata-kata..

salah hati ini, bila sudah terlanjur jauh, masih lagi dipendamkan rasa..tiada langsung daya mahu membangkitkan..cengkam situasi menghimpit hati dari memperjelaskan rasa..kerna penghujungnya pasti berbuah duka dalam yang sukar dimengertikan..

hati mengenangkan setiap besar pengorbanan yang terberi..tiap satunya masih segar dalam ingatan ini..tak kan pernah pudar luput selagi nafas masih terhela..kata dari hati ini menjanjikan apa yang terbaik untuk hati dan rasa itu..

jujur dari hati..masih mengharapkan tautan yang terlerai dapat lagi dicantumkan..kerna kasih terluah untuk sahabat itu tak kan pernah berlalu sebegitu sahaja..itu pun andai masih ada sinar kemaafan dari rasa yang tercalar..

sinar kasih untuk sahabat..

4 kOMen2 kAMu..:

mat_paeiz said...

make me pening2 to understand what are u writing on... but quite interesting... hopefully "sinar kasih untuk sahabat.. " that u mention as a last word on your writing is meaningful dan bukan hanye kate2 yg ingin membuatkan orang disekeliling mu bergembira dgn ape yang dicoretkan...

TQ...>>x dop org nok teman minum air malam ni<<

Anonymous said...

ikatan yg nm prshbtn mn mgkn trlerai

Chef Aduka said...

Ala...siannya...mai nanges atas bahu abg chef meh.....ala ciannya....tak per,nanti abg chef santaukan sapa yg buat adek pal nanges tuh yer......

pal7 said...

chef..
bulan puasa..x elok tau santau2 nih..hahaha