helaian kalendar di dinding bilik makin lama makin menipis..saban hari, helaian itu dikoyak menandakan silih hari yang berganti..kadang-kadang aku tanpa sedar, ralit..langsung tiada rasa ingin peka tentangnya..
jemu..harian aku dengan perkara yang sama..berulang rutin..
pengajian sudah berjalan masuk ke minggu ke dua..bagi yang sedar, ia sudah meninggal jauh..tapi aku masih lagi dalam mimpi yang panjang..entah bila dapat sedar dari lena yang membuai hanyut..entah bila..
persekitaran yang melemaskan diaduk dengan permasalahan yang sepatutnya tidak pernah patut wujud di gelojak hati aku membuatkan aku terkapai..berterbang tinggi jauh hingga lupa asal niat dan tekad..sedarlah..
kadang-kadang berbisik, panjat lah tangga-tangga yang ada di depan mata..biar dulu pernah jatuh tergelincir, siapa tahu, kali ini dapat sampai ke puncaknya?..tiada siapa pernah tahu..
tapi kalau sendiri sudah pun tahu bayu petang tiada bertiup, masih lagi mahu dimain layang dilangit..degil..
apa daya kata-kata dilawankan dengan jiwa yang merasa?..pedih tajam..
kalah pada hati?..
rajuk?..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






2 kOMen2 kAMu..:
Tabahlah menghadapai ujian....semua itu mendewasakan kita....
chef..
terima kasih tuh..hehehe
Post a Comment