Tuesday, June 1, 2010

sinar untuk esok

zali kesiangan..

sudah rutin, isnin dimanfaatkan sepenuhnya..kelopak mata zali pedih bila ditancap samar cahaya dari celahan tingkap nako..matahari tinggi di langit, memaksa zali bangkit dari nyenyak mimpi indah malam hari..bantal corak bunga dilepaskan dari pelukan dalam penuh keterpaksaan dek hangat suasana tengahari yang dari tadinya memenuhi ruang bilik..

sebelumnya. zali berhempas mengerah kudrat dari tubuh kecil zali..harian zali berdampingan dengan panas api kuali yang sudah pun menjadi sahabat sejak sekian lama..bila pagi datang, matanya sudah dijamukan dengan dengan tandanan pisang, keledek dan sukun di perkarangan rumah..zali sudah lali dengan aroma pisang yang hampir setiap harinya, menyelusup masuk ke ke segenap rongga hidungnya..

tengahari menjemput zali ke gerai goreng pisang..inilah yang menjadi sumber untuk zali teruskan hidupnya setelah melepaskan jawatan di syarikat pembinaan dahulu..zali sabar dengan memanjatkan rasa syukur pada Tuhan, walau hitam zali dibakar panas api kuali, sekurang-kurangnya, masih ada rezeki untuk zali bisa bernafas esok hari..

petang tiba menyelitkan rasa gembira pada zali..senyum terukir di wajah bila hati puas melihat hasil dari jualannya..penat seharian zali terbalas..titik peluh zali terbayar..

zali tahu, di mana pun kaki berpijak, zali percaya pada rezeki dari Tuhan..zali cuba menumpang gembira bila perkhabaran angin lalu, membawa seribu satu cerita tentang teman-teman zali yang sudah berjaya mencapai cita-cita mereka..

entah esok lusa, kisah panas api kuali dan goreng pisang bakal zali tinggalkan..petang isnin mensaksikan alunan Kembali Pulang berdering-dering dari telefon milik zali minta dijawabkan..di talian, suara garau ayah memberikan khabar baik yang dari dulu zali nanti..permohonan zali untuk menyambung pengajiannya telah berjaya..

bergula hati zali..

mungkin bintang zali baru bersinar..mungkin juga esok lusa, zali bisa berjalan seiringan dengan teman zali yang lain tanpa rasa rendah diri lagi..alhamdulillah..

amin..

8 kOMen2 kAMu..:

Chef Aduka said...

Tahniah adik abg!!!!

pal7 said...

chef..
terima kasih ye..

*blekberi lagi?..hehe

FarhanaDr said...

Akhirnya adik abang.. ;p

Belajar elok2.. Bak kata aliff dalam lagu dia, please please please, kamu jangan nakal.. Wawawa.. ;p

Tahniah ye pakcik zali.. =)

arep said...

all the best ya pal..

xoxo

pal7 said...

hana..
adik abg?..

nakal2 sket xpe kot..hehe

pal7 said...

arep..
thanx..

DrSam said...

Tahniah zali! Semoga semangat kental zali berpenat lelah bermandikan peluh, berhangat bersama kuali goreng pisang menyuntik lebih semangat untuk zali mengharungi ranjau dan rintangan dimenara gading nanti.

pal7 said...

drSam..
terima kasih dr..
insyaAllah..saya akan buat yang terbaik..amin