bila masanya hampir tiba, zali terjemput untuk pulang ke kampung halaman..seperti selalunya, zali lali berteman hujan di jalanan bersama motorsikal sepanjang perjalanan..hati zali, walau diruntun sekalipun, sudah disiratkan sebegitu kisahnya..jadi, zali serahkan jiwa pada Yang Mencipta memberkati setiap langkahnya dihayunkan..
...
rutin kalau sudah di kampung, seharian zali berusaha keras meringankan beban ayah di belakang rumah..walau tidak sehebat petani di ladang, setidaknya dapat zali kurangkan kebas di tangan ayah menebas lalang yang meninggi..tambah pula, puas itu datang bila zali lihat ayah senyum melihat anak pisangnya tertanam hasil jurai peluh yang terpercik dari tubuh kecil zali sendiri..setidak pun, bila malam datang, ayah tidak perlu lagi lenguhkan jemari kerasnya mengurut-urut tumit dan kakinya sendiri..biar tangan zali ini yang panas dilumurkan dengan minyak kuda yang ayah beli di kedah dulu, asalkan hati zali lapang melihat wajah tua ayah dilukis ceria dengan kepulangan zali..
kopi panas terhidang di lantai rumah..zali juihkan bibir cuba menghirup nikmatnya rasa air dari tangan ibu..lecur lidah zali bila bersentuhan dengan air, ika laju tertawa mengejek kelakuan zali..johan pidato peringkat daerah pantas mengeluarkan hujah tajam pada zali agar beringat..sebelum minum, kalimah Bismillah harus sudahpun bermain di bibir..zali diamkan, sengaja malas dibualkan hal itu bersama adik perempuan tunggalnya kerana zali tahu, perempuan pertama yang memecahkan sejarah sekolah menjadi ketua pelajar memang tidak pernah mahu mengalah dalam soal bicara..zali akui, remaja tujuh belas tahun ini, sedikit sebanyak mewarisi sifat berdikari yang tinggi dari diri zali..suasana hidup itu lekas mendewasakan..ayah dan ibu cuma gelengkan kepalanya melihat telatah kedua-dua beradik itu..tujuh tahun perbezaan usia tidak menghalang ikatan terjalin begitu rapat dan mesra sekali antara zali dan ika..
tiga hari di kampung halaman menyaksikan pelbagai kisah..antara kata dan rasa dari lubuk hati zali sendiri, sejujurnya zali luahkan pada ayah dan ibu..sejarah zali mengharung hidup sewaktu pengajian terdahulu menjadi tajuk cerita..suram wajah ayah dan takung kolam mata ibu menterjemahkan runtun jiwa dan sayu hati mereka zali bila kisah hidup zali yang terahsia dahulu, disingkap halus dengan madah yang paling tertib mampu zali bicarakan..
lembut, ayah ibu lontarkan pesan..biar zali susah dalam mengharung lautan hidup, tapi zali harus bijak menjadi nakhoda yang baik agar bila kapal zali terhuyung dipukul ombak sebesar mana pun, zali tetap bisa mengawal..dengan harapan, zali tidak karam dalam lautan dunia zali..
...
zali pulang ke kota ilmu dengan berbekal doa dari ibu dan ayah serta sedikit wang sebagai tambahan untuk kos pengajiannya..pesan ayah ibu menjadi amanat pada zali untuk dilaksanakan sesempurna mungkin..dengan iring restu dan izin dari Tuhan, insyaAllah zali sepenuh hatinya tekad menjadi apa yang diimpikan..
akan terus zali bentangkan layar kapalnya, supaya zali tidak lagi lemas bila hanyut dipukul badai, karam di lautan..






0 kOMen2 kAMu..:
Post a Comment