Monday, May 10, 2010

tipah tertipu

jam 8.30 pagi tadi, telefon nokia yang aku tukar dari adik berbunyi..*dia pergi sekolah, tak bawak telefon bimbit, aku amek kesempatan, tukar telefon lama aku ngan dia..haha..sejak aku tukar telefon tu, jarang sekali ada panggilan masuk..kalau ade pun, ude saja yang call kejutkan bangun pagi untuk kopek pisang..haha..tapi pagi tadi ada panggilan masuk dari nombor yang tak pernah aku kenal..

dalam hati kata, siapa pula telefon pagi-pagi buta ni..mengganggu kedamaian pagi sahaja..haha..rupa-rupanya, pengetua sekolah menengah di pahang yang call..katanya aku dah diterima sebagai guru kimia di sekolah tersebut..dalam hati kepalang bukan main seronok..akhirnya, dapat juga aku bergelar cikgu sekolah walaupun bukan seisi petang..haha

katanya aku perlu melapor diri esok pagi-pagi buta sebelum pukol 7.15 pagi..sekarang aku masih di johor bahru lagi..maknanya, nak tak nak memang aku kene balik petang ni juga..hujan ke ribut ke, mesti balik pahang..disebabkan memang dah seronok tak terhingga, aku tak kisah walau kepulangan kali ini tetap diiringi dengan hujan pun..

asalnya memang nak sambung tidur, mungkin masih terkejut dengan berita tadi, mata ni segar plak..cepat-cepat aku bangun mandi..kemas-kemas baju...puas aku selongkar almari aku, nak cari baju kemeja yang dah lama sangat aku tak pakai..kasut hitam bawah meja aku gosok-gosok dengan kain basah..*kiwi kasut takde nak wat camana..haha..adalah empat lima pasang baju kemeja dengan seluar slack hitam berjaya aku temui..

aku terjumpa dua tiga jenis tali leher dalam almari..segera aku padan-padankan dengan warna baju untuk aku pakai waku mengajar nanti..dalam hati dah berangan membayangkan cikgu kacak dikelilingi oleh anak murid yang comel-comel..hahaha..*gelak jahat..

siap kemas barang yang harus dibawa pulang, perut terasa lapar..kat luar rumah, dah mula hujan rintik-rintik..sebelum hujan lebat, baik aku pergi tapau nasi dulu..masa nak balik nanti, kalau hujan pun takpelah..

siap tapau, aku menjamu selera di rumah..sementara nak tunggu hujan berhenti, aku periksa semula barang-barang yang hendak dibawa pulang..segala sijil-sijil, dokumen dan barang-barang persiapan semua sudah lengkap..tinggal masa sahaja untuk aku bergerak dengan motorsikal ke pahang..*kematu montot lagi..

agak-agak dalam jam dua petang tadi, telefon berbunyi lagi..panggilan dari pengetua sekolah..belum apa-apa lagi pengetua dah minta maaf dengan aku..apasal pulak nih..aku dah rasa lain..

"En Fazli, pagi tdi saya ada call bagitahu awak melapor diri esok kan?..Kami dari pihak sekolah ingin memohon maaf banyak-banyaklah sebabnya..." kata pengetua dah tersekat-sekat..

"Pihak pejabat pendidikan daerah tidak dapat sediakan budget untuk pembayaran gaji sebagai guru ganti di sekolah kami..memandangkan di sekolah ini, sudahpun mempunyai tiga orang guru ganti, maka kami tidak lagi diberikan budget untuk pembayaran gaji En Fazli sekiranya En Fazli tetap bertugas di sini..Kami minta maaf banyak-banyak atas salah faham yang berlaku di sini.."

aku dah terdiam..terus hilang semua seri-seri gembira yang aku rasa pagi tadi..menonggeng aku dalam bilik, kecewa..alahai nasib..nasib..huhu..nampaknya bukan rezeki aku kali ini..musnah angan-angan cikgu kacak mahu dikelilingi oleh anak murid yang comel-comel..huhuhu

mmm..
kuali panas lagi?..terpaksa lah..huhu

6 kOMen2 kAMu..:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

sabar pal sabar...ader rezeki lain tu nanti....insyaAllah...=)

FarhanaDr said...

Kenape trpakse? Merajuk kuali panas dgr bila ckap terpakse.. Huhu.. Niat nk jadi cikgu kacak tu tak betul.. ;p

Takpe laa.. Jgn kuciwa sangat eh..

pal7 said...

aina..
mudah2an la yer..

hana..
jgn merajuk..sian pal xde kawan..hehe

Chef Aduka said...

Sabar dik.....pengalaman tu...kuatkan semangat....ingatkan tipah tertipu sebab kena korek dgn jeff!!!!hehehe

Chef Aduka said...

takan kecik ati...sampai org koll pun tak angkat?????

pal7 said...

chef..
no heart feeling ok..hehe