masa begitu pantas berlalu..tanpa sedar sudah puluhan tahun zali bernyawa di muka dunia..dari sekecil tapak tangan zali ditatangkan sehinggalah zali menjadi apa zali hari ini..tanpa kasih dari ibu yang telah banyak berkorban apa saja, tidak mungkin zali merasakan warna-warni dunia..
hari ibu kian mendatang..tapi zali tidak punya apa yang hendak diberikan sebagai hadiah untuk ibu..yang zali ada hanyalah sekelumit kasih yang tak terbalaskan dengan segala jasa ibu yang telah tertabur pada zali..bagi zali,ibu lah idola terbaik yang menjadi sumber untuk zali teruskan perjuangan hidup ini..di saat zali resah dengan pelbagai dugaan dunia, ibu lah tempat pertama zali adukan..semampunya ibu berusahakan demi melihat anaknya bahagia..
sebak menangkap tangkai hati zali bila di hujung talian, zali dengar sayu suara ibu mohon kepulangan zali..terus-terusan harian zali dibayangi ngiang suara ibu yang menjadi perindu sekian lama..sudah tertanam dalam hati kecil zali, pinta ibu harus zali tunaikan..biar wajah tua ibu disinarkan dengan senyum dan riang bila melihat zali di depan matanya..
perjalanan hampir empat jam dengan motorsikal, zali redhakan demi memenuhi pinta ibu..sepanjang perjalanan, zali setia ditemani sang hujan sehinggalah zali tiba di kampung halaman..
di muka pintu, terlihat susuk wanita lewat 50-an dalam kerut seakan tidak percaya dengan kepulangan zali..tanpa khabar, zali pasrahkan nyawanya bertarungkan dengan gelap awan langit dan basah dalam hujan, bermotorsikal pulang sendirian, sebagai kejutan hadiah untuk ibu..
dalam marah sayang, ibu pesankan, jangan diulangi zali mempertaruh nyawa untuk pulang..bagi zali, tiada apa yang lebih bermakna melainkan melihat wajah ibu dilukis ceria dengan kehadirannya yang tak tersangka..genang air di kolam mata ibu menjadi bukti betapa kerinduan itu begitu menyiksakan..rindu menanti kepulangan zali..
dua hari masa zali dihabiskan bersama ibu belum lagi dapat melenyapkan perasaan ibu..sebolehnya, mahu saja ibu, hari-harinya melihat zali di depan mata..biar senang hati ibu bila tahu anak di depan matanya, cukup makan dan minumnya, biar tidak semewahnya tapi dengan seada mampunya..
sudah tersurat rezeki zali di tempat orang, zali harus pulang ke kota..dengan harapan, zali bisa membuat ibu bangga dengan anaknya..kerana tugas dan tanggungjawab, zali gagahkan menahan rasa di dada bila melihat titis air mata turun dari pipi ibu yang sudah puluhan tahun dimamah usia..
awan mendung tengahari menjadi saksi bila zali melihat ibu melambai tangan dengan cucur air mata merelakan pemergian zali dalam penuh keterpaksaan..sekilas zali menoleh, zali nampak ibu mengesat air mata dengan hujung lengan baju yang zali hadiahkan semalam..
sebak terus-terusan menggigit naluri hati zali bila ibu setia melambai dengan berteman batu jalan, sehingga zali sayup hilang dari pandangan..
p/s : andainya ibu tahu apa yang zali coretkan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






7 kOMen2 kAMu..:
Selamat hari ibu mak zali.. Jaga mak elok-elok.. :)
P/S: Ingat pesan mak, jangan membahayakan diri balik time2 mcm tu.. igt org tersayang..
bila hari ibu??
dh confuse sebab ramai org dh buat en3 pasal wish mother's day. huhu
lin..
dalam bulan ni la..maybe 9hb kot..hehe
selamat hari ibu..
tahniah buat Zali kerana telah berkorban masa bertemu ibu tersayang. itulah hadiah paling berharga buat seorang ibu.
drSam..
kasih ibu hingga hujung nyawa..
Ya Allah saya lupa..
tq sebab ingatkan... esok baru nak pos kad untuk bonda.. yeah i miss her very2 much...
zafi..
saya pun terlupa tp ade kwn ingatkan..hehe
Post a Comment