Wednesday, April 7, 2010

menggapai bintang

Angin kipas menusuk-nusuk ke sumsum tulang. Dinginnya menjerut-jerut pagi zali untuk terus lagi berpelukan dengan bantal dan selimut di atas tilam nipis yang masih setia memberi khidmadnya pada zali bertahun lamanya..

Geliat-geliut zali melawan nafsu di pagi hari. Kalau diberi pilihan, kelopak mata ini mahu terus dibiar tertutup. Jangan biar ada sedikit pun sinar mentari yang bisa tembus ke matanya. Tambah pula, renyai di luar seolah sengaja membuatkan zali terus menarik erat selimut corak bunga membaluti setiap inci tubuhnya..

Demi masa depan, zali kuatkan semangat melawan godaan dunia itu. Zali bangkit lemah. Tuala biru tersangkut di dinding dicapai tanpa kerelaan. Zali berjalan memasuki ke kamar mandi.

..

Zali menghirup teh panas di sofa ruang tamu rumah. Muncung mulut zali menjuih bila bibirnya bersentuhan dengan teh panas buatan hairi. Seawal 8 pagi lagi, hairi sudah pun memulakan persiapan untuk memulakan perniagaan pisang goreng. Seharusnya, zali juga turut serta membantu. Tapi hari tersebut, zali punya temuduga di syarkat swasta di johor bahru setelah hampir dua minggu zali melepaskan jawatan di syarikat pembinaan dahulu.

Zali melangkah ke pintu, menyedut udara pagi yang dicampuri dek bauan pisang-pisang dari stor di penjuru rumah. Zali lihat langit pekat diwarnai awan hitam. Zali tahu manik-manik hujan bakal turun dari langit bila-bila masa sahaja. Zali mula resah. Zali bertolak ke tempat temuduga setelah uda bersetuju menghantarkan zali dengan keretanya. Syukur zali punya uda yang masih bersamanya walau zali dalam kesusahan.

..

Hampir dua jam zali bersama penemuduga, zali keluar dari bangunan empat tingkat itu menuju ke jalan besar. Di dadanya penuh dengan harapan supaya zali diterima berkerja. Perjanjian telah dibuat sekiranya zali diterima, pihak syarikat akan menghubungi zali dalam masa terdekat.
Zali teruja dalam sabar menantikan keputusan.

Sehari berlalu, masih terlalu awal untuk meneka. Hari kedua, zali masih belum dihubungi. Hari ke tiga pun sama. Zali cuba gembirakan hati zali dengan berfikiran positif. Mungkin esok lusa siapa tahu tuah manusia?

Kini sudah hampir minggu ke tiga. Zali sudah punya jawapan. Zali masih belum selayaknya menerima jawatan itu. Walaupun belum mendapat kata putus dari pihak syarikat, zali tahu kebenarannya.

Zali pasrah. Nafas zali dihela berat melepas keluh. Untuk sementara biarlah zali dengan panas api kuali mengoreng pisang. Zali redha apa yang tersurat walau telinga zali merah-merah bila desas pedas singgah di gegendang.

"Kalau mahu kerja sebagai penjual pisang goreng, baik tak payah sekolah tinggi-tinggi, membazir saja".

Zali terkesan, terbakar dan akhirnya zali mengeluh lagi..

Agaknya di mana bintang zali?..

9 kOMen2 kAMu..:

FarhanaDr said...

Yang pastinya bintang untuk zali tetap ada nun di satu sudut yang mungkin belum lagi zali terokai.. Mungkin kesabaran, pengorbanan dan penantian akan melimpahkan kebahagiaan buat zali nanti.. Kita tak tau ape yang bakal jadi, cuma mampu merancang.. Semoga perancangan masa depan zali akan terlaksana jua.. :)

pal7 said...

frahana..
mudah2an rezeki itu cepat sampainya..terima kasih hana atas sokongan..tq

aloy_paradoks said...

yeay! letih tangan..

artisticklytouch said...

tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. setiap yang berlaku bersebab dan ada hikmahNya. bersabarlah zali, InsyaAllah, ketemu apa yang dicari.

sharamli said...

penjual g0reng pisang p0n b0leh berjaya..

:)

pal7 said...

aloy..
wa ade tukang urut xpe..

atristicklytouch..
mudah2an..tq..

sha..
amen.

Benedict Bernard said...

nice song at your blog..

aloy_paradoks said...

ada dimana mana..

pal7 said...

aloy..
tolong carikan untuk wa beb.