Sunday, April 11, 2010

menanti detik berlalu

seawal jam 7 pagi lagi, gegendang zali didendangkan dengan alunan bingit she's gone..dering telefon motorola versi lama itu benar-benar meragut kedamaian pagi zali di atas tilam queen yang baru menjadi hak milik zali semalam..dalam malas zali meraba-raba di penjuru tilam..separuh mata zali buka, terkenyit-kenyit melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin..

"AYAHANDA"..

bingkas zali jawab..aju soalan pertama ayah bersoalkan subuh..malu zali pada ayah, malu juga pada diri sendiri untuk memberikan jawapan..pada masa sama, ayah berikan telefon pada mak untuk bicara..

"mak dah siap buatkan kek ni, nanti achik balik kampung ya"..sayup suara wanita anak merdeka seusia Malaysia di talian..

zali mati kata..bergula benar hati mak mahu zali pulang..dalam bual mak tadi, seperti sudah dalam rancangan..kek, nasi ayam, pari bakar, awal-awal lagi sudah mak sediakan..sudah menjadi kemestian, setiap tahun pasti zali dirai bersama sempena hari istimewanya..

zali berat mahu melafazkan..takut terguris hati si ibu, zali selembutnya memberi penjelasan..

"achik tak dapat balik sebab ada banyak kerja mahu diselesaikan"..cukup kata itu sebagai jawapan..

perbualan sudah bila zali selesai memberikan salam pada mak..di hujung talian sedih suara mak dapat zali rasakan..zali tahu, hati si ibu terguris bila mengharapkan kepulangan si anak tidak kesampaian..

zali dihimpit kesal..hajat di hati, tidak terlintas mahu mencalar rasa hati ibu..namun dek desakan kerjaya, zali tidak bisa melunaskan niat murni si ibu meraikan hari istimewanya bersama-sama..seperti tahun sudah, zali masih punya waktu meraikan bersama si ibu..tiada apa yang bisa ibu berikan, hanya kasih sayang berpanjangan dari hatinya yang paling dalam..

salah satu cara mak menterjemahkan kasihnya melalui masakan..pasti tidak dilupakan, sebagai hadiah hari istimewanya, zali dirai bersama keluarga dengan hidangan nasi ayam yang menjadi kegemarannya sejak kecil..kata mak, tidak mampu mahu belikan zali hadiah mahal-mahal..hanya itu sebagai gantinya..

imbaun kenangan sempena hari istimewa zali berlegar di kotak fikirannya..zali dirundung sebak..kerjayanya membataskan zali untuk memenuhi permintaan si ibu..rindu yang bersarang di hati mula membuak..

zali bangun, membersihkan diri..permulaan pagi hari istimewanya terasa sedikit terganggu..perasaan bersalah terus-terusan menyelinap di ruang jiwanya..

zali berjanji pada dirinya, esok lusa bila berkesempatan, zali pasti pulang..biar puas hati si ibu dengan menatap wajah anak kesayangannya di depan mata..zali tidak mahu lagi ibunya diburu rindu yang entah bila dapat diubatkan..

zali janji ibu..

zali janji..

6 kOMen2 kAMu..:

sharamli said...

sem0ga zali dapat tunaikan janji..
insyaallah

Chef Aduka said...

Nak hadiah tak????

pal7 said...

insyaallah..minggu depan nak balik kg la..huhu

pal7 said...

chef..
nak2....
*perfume dari londonnnnn..hahaha

FarhanaDr said...

Erk.. Pakai tilam queen ke? Sangat besar.. Huhu..

Bersama family di hari bersejarah adelah paling indah.. Selamat pulang ya.. :)

pal7 said...

hana..
aah besar sikit jek..hehe

minggu depan kot balik kg..huhu