Tuesday, March 9, 2010

gusar raga

dipersimpangan itu, hayun kaki zali terhenti..di antara dua destinasi, zali bingung dalam membuat pilihan..tika ini kerjaya zali dalam kegoyahan..puas fikiran zali bergelumang, langkahnya mahu diteruskan atau sebaliknya..

masih zali ingat pesan ayah, zali harus percaya pada diri sendiri..sesungguhnya Tuhan telah pun menentukan yang terbaik bagi zali..sudah tertulis nasib dan takdir atas nama zali..ingatlah bahawa rezeki dari Tuhan maha besar..kalau tersurat bukan di sini tempatnya, pasti ada di mana pun rezekinya..cuma semuanya atas diri zali sendiri untuk mencarinya..

zali akur pada ketentuan..

kalau bicara soal ketahanan, sejujurnya zali masih bisa berjalan..bukan mudah bagi zali sendiri untuk berpatah, kerana zali lebih tahu siapa zali..tapi zali juga punya tanggungjawab lain yang perlu selari dengan kerjaya dan masa depan zali sendiri..zali harus fikirkan kesan dari setiap apa yang zali lakukan pada diri zali mahupun orang lain..

zali masih terkesan dengan bicara dari teman, kadangnya, zali harus fikirkan diri sendiri juga..diibaratkan menyelimutkan orang lain, kita sendiri sejuk kedinginan..

fikiran zali kusut..antara kata dua dari mak, bersoalkan apa yang lebih penting dalam kehidupan dunia ini?..apa sebenarnya matlamat hidup zali sendiri?..apa yang sebenar-benar lonjak hati zali mahukan?..

jawapannya di hati zali..

zali benar-benar kusut..
.
.
.
.
.
.

akhirnya, tekad zali berkata..zali tetap percaya pada rezeki..sudah tersurat nasib zali sebegini, zali pasrah dengan apa yang telah ditetapkan..mudah-mudahan jalan yang zali pilih membawa erti yang lebih bermakna bagi zali dan orang lain..amen..

ALLAHU AKBAR..

4 kOMen2 kAMu..:

sharamli said...

sem0ga dimurahkan rezeki..
jgn putus asa..
:)

FarhanaDr said...

Pal kenape? Kalau ade pape, boleh jek share dgn hana.. All the best.. :)

DrSam said...

kita doakan semoga zali berjaya memilih jalan yang benar dan diredhaiNYA.

pal7 said...

sha..
InsyaAllah..
tgh mencari kedamaian..hahaha

hana..
thanx, tp pal da resign..huhu

drSam..
terima kasih dr..