Thursday, February 18, 2010

ribut di lubuk

Suara Farisha bergamit lagi. Makin lama makin menjadi. Resah kian bersarang di hati Uda, apatah lagi Anim. Wajah si ibu muda cemas, pucat tak berdarah lagi melihatkan Farisha seakan mengamuk, meronta-ronta dengan esaknya yang berterusan.

Zali juga terasa tempiasnya. Suasana menjerat hatinya untuk sama-sama dirundung gelisah. Belum pernah Zali menerima keadaan seperti ini. Kalau Aliya dulu, menangis juga, tapi tidak seperti ini. Begitu juga Amira. Kalau menangis pun, disuapkan susu hilang esaknya. Tapi Farisha…Pekat malam terus didendangkan dengan tangis Farisha tanpa henti.

Ya Allah, kenapa ni Farisha? “ suara garau Ayah cuba memujuk.

Mai Tok Wan dukung ni. Sayang dia aih. Sapa dok marah dia ni? Mai kat Tok Wan na. “ Ayah masih memujuk namun usaha Ayah tidak berbuah hasil.

Ayah sudah mati akal melihatkankan Farisha. Puas difikirkan apa silapnya, di mana sakitnya anak kecil yang baru beberapa hari melihat dunia barunya. Dibuai salah, diletak pun salah. Didodoi tak kena, dipopok pun sama. Farisha tetap dengan tangis sedunya.

Dari tangan Tok Wan berpindah ke tangan Nenek.

La ila ha illallah…”

La ila ha illallah…”

La ila ha illallah…Muhammadur Rasullullah” kalimah suci dilagukan Nenek sambil menepuk-nepuk punggung kecil Farisha. Namun Farisha tetap keras dengan esaknya.

Uda kian resah. Jantungnya berdegup kencang disusuli dengan dadanya yang berombak-ombak. Tak tertahan jiwanya melihat ronta Farisha dalam sedu yang tak sudah. Baru beberapa hari Uda bergelar Ayah. Tak tersangka dugaan yang datang begitu cepat sekali.

Nurul Farisha Imani...” giliran Uda memujuk si kecil.

Papa ada ni sayang, kenapa menangis ni..” Uda masih mencuba namun sia.

Petangnya tadi, Zali bergembira bersama Uda dan Fikri. Hutan di Sungai Tabung Haji mereka jelajahkan semata memenuhi kegilaan Uda memancing ikan setelah sekian lama. Cuti Tahun Baru Cina dimanfaatkan sepenuhnya oleh Uda untuk melepaskan kerinduannya memancing di kampung halaman. Berbekalkan umpan cacing, katak dan cengkerik, Uda, Zali dan Fikri meneroka hutan di sungai Tabung Haji yang terkenal dengan Baung, Lais dan Sebarau.

Rindu Uda terlunas bila hampir tiga kilo Baung, Lais dan Sebarau berjaya dinaikkan. Zali tidak mahu mengalah, dalam diam umpan kerawit Zali juga mampu menundukkan ibu Lais sebesar tiga jari. Fikri juga tak kurang hebatnya walau hanya Toncet berjaya dinaikkan bersama beberapa ekor Seluang kecil.

Bila jam hampir pukul tiga petang, Uda bersuara mahu pulang. Rasa hati Zali masih berat mahu meninggalkan hutan Sungai Tabung Haji. Entah bila lagi Zali punya waktu untuk sampai ke sini. Namun bila memikirkan bahaya dari cerita orang tentang hutan Sungai Tabung Haji, Zali akur dengan keputusan Uda. Ketiga-tiga beradik pulang ke rumah ditemani dengan sorak gembira dengan hasil tangkapan mereka, diringi dengan gerimis di petang hari.

Bunyi motor RG Sport Ayah di luar rumah menghentikan lamunan zali. Zali lihat dari jendela rumah, Ayah memecut laju membelah pekat malam. Hanya tinggal suara Farisha masih lagi berkumandang. Zali perasankan ada sesuatu kurang enak berlaku. Tangisnya lain dari biasa. Zali buntu. Zali lihat Uda dan Anim dijalar risau.

Sayup dari dalam kamar, Zali dengar ayat suci Al-Quran dibacakan dari lunak suara Ika. Wakil tunggal Hawa dalam kumpulan adik beradik Zali ini sudah pun menjangkau usia tujuh belas tahun. Syukurlah, walau masih setahun jagung, Ika bijak mengurus suasana. Usia bukan lagi ukuran kerana Zali tahu kehidupan lebih dahulu mendewasakan adiknya sebelum usianya.

Lime belas minit berlalu, Ayah pulang ditemani Tok Aki. Lelaki separuh abad ini masuk ke rumah dengan salam kiri dan kanan. Kaki Tok Aki dihayun perlahan sambil matanya meliar di segenap penjuru rumah. Sampai ketika Tok Aki senyum sambil bersila di ruang tamu.

Ada biji Bolai?” tanya Tok Aki pada Ayah.

Segera Ayah arahkan Zali untuk mengambil biji Bolai di para rumah. Zali yang dari tadi sudah dapat membaca suasana, bersedia dengan segelas air putih ddan beberapa biji Bolai, buah kecil sebagai medium pengantara bagi menghalau semangat-semangat halus dengan kuasa Tuhan yang Maha Esa.

Biji Bolai itu Tok Aki cubitkan sedikit dan dimasukkan ke dalam mulutnya lalu dikunyah halus. Terkumat-kamit Tok Aki membaca sesuatu dan dihembuskan di kepala Farisha. Farisha menangis lagi dan bertambah kuat pula esaknya. Sementara mulut Tok Aki masih terkumat-kamit tak berhenti. Air putih yang Zali bawakan tadi, Tok Aki basuhkan tangannya dan direnjis ke muka Farisha. Ubun-ubun nipis Farisha diusap lembut. Selang beberapa ketika, sedu Farisha makin berkurang. Akhirnya Farisha lena di pangkuan nenek.

Usai semuanya,, Tok Aki menghirup kopi panas bersama Ayah, Uda dan Zali. Kek gula hangus buatan Ika dijamukan sebagai rasa terima kasih pada Tok Aki. Sambil itu, Tok Aki menceritakan apa yang terjadi. Menurut Tok Aki, berkemungkinan Farisha terselisih dengan semangat dari hutan Sungai Tabung Haji. Dek kerana si kecil ini masih suci dan bersih dari segala kekotoran, Farisha dikurniakan mata ketiga, yang bisa melihat dan berhubung dengan dunia lain. Semangat itulah yang menggangu Farisha sehinggakan si kecil ini terpaksa menderita menanggung ketakutan menyebabkan dia terus-terusan menangis.

Ayah jelingkan Uda, Zali dan Fikri. Ketiga-tiga beradik itu tunduk. Kesal berselubung di hati masing-masing. Sudah Ayah pesan, jangan pergi ke hutan Sungai Tabung Haji lagi. Farisha masih baru beberapa hari menjengah ke dunia ini. Keadaan cuaca pula asyik hujan tak menentu. Tambah pula dengan cerita orang ramai tentang semangat-semangat di hutan itu menambah gusar di hati Ayah untuk membenarkan anak-anaknya ke sana. Tapi kedegilan masing-masing melenyapkan pesan Ayah.

Melihatkan Farisha tenang di samping Anim, Tok Aki mohon minta diri. Dari dapur, nenek telah siapkan satu bungkusan dengan tiga sisir pisang boyan sebagai hadiah kepada Tok Aki. Tok Aki pulang dengan dihantar oleh Uda dengan Proton Saga biru milik Along yang ditinggalkan untuk kegunaan Ayah beberapa minggu lalu.

Uda menarik nafas lega apabila semunya selesai. Untuk sementara, Uda pendamkan keinginannya untuk ke sungai lagi. Apa yang lebih penting ialah keselamatan dan kesihatan Farisha. Pengalaman itu menjadi pengajaran kepada Uda supaya lebih berhati-hati dan dijadikan ikibar kepada yang lain.


p/s : kita hanya merancang, tapi hanya Tuhan yang lebih berkuasa untuk menentukan..


9 kOMen2 kAMu..:

Nur Aainaa Khairunnisa said...

besela tu pal..ader budak² kecik ni ni kita tak leh sebarang...kalo balik dari luah lebih baik bersihkan diri dulu sebelum main ngan doranf...yela takut perkara² camnila terjadi...

*pssst...pal..."biji Bolai" tu camne?

sharamli said...

farisha da 0k l0m sekang ni?
d0akan semuanya selamat

pal7 said...

ainaa..
sudah bersih semuanya waktu nk masuk umah..tp masih terlekat lagi semangat tuh..

*biji bolai bentuk bulat2 lonjong. biji seakan2 kunyit hidup tapi tak bersegi2..cuma bulat lonjong..warna isi pon mcm kunyit hidup..

sha..
pas tok aki da balik,,semua ok la..pastu tadi dengar cerita lagi, farisha menangis lagi sama macam kejadian ni..kesian dekat dia..

Nur Aainaa Khairunnisa said...

owh..bolai ke? tau²....masa baca tu tak paham apa benda...ni dah paham...kat umah ni pun ader pokoknya....=)

FarhanaDr said...

Pakcik-pakcik, bapak dia gatai sgt nak pi mancing.. Huhu.. Pape pon, semoga farisha cpat okey yek.. Ingat pakcik, jgn wat lagi.. Pesan ayah tu.. Huhu..

pal7 said...

AINAA..
PAL PUN BARU KENAL SEJAK KEJADIAN TU..HEHE

HANA..
PAKCIK DA INSAP..HUHU

acid_amino said...

isk..pali..seb baek xikot ko g mncg...bbrrrrrr....

pal7 said...

amin..
ko da tua..antu nk kacau pon takut tengok ko..haha

aloy_paradoks said...

ribut kuat sangat tak best gak..